Belum pun selesai Expo Open Day SEDIA ( Sabah Economic Development And Investment Authority) di SAIP Kimanis, Papar Pengarah Urusan Norcy Beautylab mendapat jemputan sebagai Panel Forum Keusahawanan “Usahawan Muda”.
Forum keusahawanan ini diadakan sempena Unipreneur Fiesta yang akan bermula pada 28 hingga 30 November 2019 ini.
Forum ini diadakan di UiTM Cawangan Sabah yang menampilkan barisan CEO dan Usahawan Sabah yang berjaya.
Antara CEO yang akan memberikan perkongsian membina empayar perniagaan atau “CEO Talk” adalah :
- Jubair Juhinin – CEO Arnab Village
- Adib Moin – CEO Bayu Nutara
- Mary Jim – CEO MJ By Mus
Siapa yang tak kenal mereka ini kan. Suatu masa dulu, pernah viral dan terus meningkat naik, terus konsisten dalam perniagaan mereka.
Bagaimana mereka melakukannya? rasanya pelajar UiTM Cawangan Sabah sangat bertuah mendengar ucapan mereka nanti.
Pada 29 November nanti, CEO Norcy Beautylab Sdn Bhd , Norsiah Ahiddin bergandingan dengan Selvestone Junit iaitu CEO Panorama Paradise Eco Tour Sdn Bhd akan menjadi panel kepada forum keusahawanan YOUNGPRENEUR nanti.
Semoga dengan penglibatan Norcy Beautylab didalam forum ini boleh membuka lebih ramai usahawan muda di negeri Sabah khususnya.