Tahukah anda, hanya 4 syarikat yang dipilih oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Sabah untuk mewakili Sabah di Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya. Karnival Usahawan Desa untuk acara kemuncak ini dijalankan di Jalan Permodenan (Perkarangan Istana Kehakiman) Persint 3, Putrajaya.
Norcy Beautylab Sdn Bhd adalah salah satu syarikat yang dipilih sebagai wakil KPLB Sabah ke Putrajaya. Ditaja sepenuhnya oleh KPLB, Norcy Beauty Lab berkampung di Putrajaya selama 5 hari iaitu bermula 17 Oktober sehingga 22 Oktober 2019.
Aktiviti Dan Pencapaian NORCY BEAUTY LAB DI KUD Putrajaya
Saya difahamkan, terdapat lebih 500 booth Usahawan yang bertapak di KUD Putrajaya ini. Saya merasa beruntung dapat membuat liputan khusus dengan penyertaan Kilang Kosmetik Norcy Beautylab Sdn Bhd yang banyak mendapat manfaat daripada Karnival Usahawan Desa ini.
CEO dan juga pengasas Makmal R & D Kosmetik Norcy Neautylab Sdn Bhd, Norsiah Ahiddin berkata penglibatannya dalam industri kosmetik semakin mendapat perhatian pihak tertentu apabila terpilihnya syarikat Norcy Beautylab sebagai salah satu daripada 2 syarikat yang dipilih oleh pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk menerima Geran Persijilan GMP (Good Manufacturing Practice).
Sesi sharing bersama mahasiswa mahasiswi Kesihatan & Perubatan di UniKL MeSTech
Makan malam bersama President UniKL YB Prof Datuk Dr. Mazliham Mohd Suud di Malam Penghargaan Alumni UniKL
Norsiah yang menghadiri Jemputan Khas UniKL sebelum berlangsungnya Karnival Usahawan Desa ini berkata dia sangat gembira berkongsi kejayaannya sebagai alumni contoh kepada pelajar-pelajar Universiti Kuala Lumpur.
Selama 5 hari di Karnival Usahawan Desa (KUD), Norsiah berkata beliau berpeluang membuat demo penghasilan produk kosmetik dan berjaya meyakinkan founder-founder baru dikalangan penjawat awam seperti golongan Guru, Pensyarah dan termasuklah Artis Malaysia.
Azza Elite (Nor Azzarima binti Zawari) adalah Artis Malaysia pertama buat tempahan Produk Kosmetik
Bekas Imam Masjid Negara, Datuk Ustaz Hassan borong habis semua perfume badan dan perfume kereta bebas alkohol
Seorang Pensyarah Marine Engineer mengambil langkah mendapatkan khidmat pemprosesan pelbagai jenis produk herba di Makmal Norcy Beauty Lab
Booth Pameran Norcy Beautylab juga berjaya menarik perhatian semua pengunjung yang datang ke KUD ini termasuk juga kanak-kanak. Pengunjung kanak-kanak tak putus-putus bertanyakan demo penghasilan kosmetik yang bagi mereka sesuatu yang baru untuk dipelajari.
Kanak-kanak cilik, berminat dengan demo pemprosesan produk kosmetik
Ramai founder baru yang mengambil perkhidmatan Norcy Beautylab untuk hasilkan produk mereka sendiri. Selepas kembali ke Sabah, CEO cantik ini sibuk untuk menyiapkan tempahan founder baru yang mereka temui di KUD Putrajaya lalu.
Hasilkan Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Rendah
Saya menyeru kepada bakal usahawan dan founder produk baru agar mereka tidak perlu merasa pening mencari Kilang OEM yang dipercayai. Ini kerana Makmal R&D Kosmetik Norcy Beautylab boleh membantu penghasilan produk anda dari A to Z.
Makmal Kosmetik ini bukan saja menyediakan produk dan bahan mentah malah boleh membuat produk kosmetik mengikut kehendak founder sendiri. Anda sediakan bahan, dan kilang kosmetik ini hasilkan produk anda.
Tahukah anda, di Norcy Beautylab anda boleh jenama produk sendiri modal rendah RM99 dan MOQ 10 unit sahaja?
Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut!
Berminat nak buat produk liptint organic
boleh whatsapp detail
01116640244