Home > Anjuran Kursus > Norcy Beautylab Tawarkan Kursus Berimpak Tinggi Kepada Komuniti
Norcy Beautylab Tawarkan Kursus Berimpak Tinggi Kepada Komuniti

Norcy Beautylab Tawarkan Kursus Berimpak Tinggi Kepada Komuniti

Please follow and like us:

Mempelajari cara pemprosesan produk dengan kaedah makmal merupakan kursus yang sangat memberi manfaat kepada peserta yang juga suatu hari nanti mungkin akan bakal menjadi usahawan.

Menyentuh tentang kursus pemprosesan produk, Norcy Beautylab Sdn Bhd baru sahaja menamatkan Kursus Memproses Pelbagai Jenis Sabun (Skala Makmal) yang diadakan di makmal Norcy Beautylab.

Norcy Beautylab Tawarkan Kursus Berimpak Tinggi Kepada Komuniti

Kursus ini berlangsung selama 3 hari bermula 31 januari sehingga 2 febuari 2020. Kursus yang melibatkan 10 orang peserta ini dianjurkan sepenuhnya oleh WWF Malaysia Cawangan Kudat bersama Banggi Corals Conversation Society dan Persatuan Wanita daripada Tun Mustapha Parks.

Tujuan Utama Program Diadakan

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber marin yang ada dan memelihara sumber marin serta pesisir pantai kepulauan Pulau Banggi.

Peserta program ini adalah wanita dari Pulau Banggi, yang mana telah mengikuti kursus pembuatan produk sebelum ini. Mereka mahu menambah ilmu pengetahuan melalui kursus memproses pelbagai produk sabun di Makmal Kosmetik Norcy Beautylab Sdn Bhd.

Diharapkan dengan pendedahan cara pemprosesan produk mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini membolehkan mereka menjana dan menambah pendapatan selain daripada aktiviti laut dan nelayan nanti.

Norcy Beautylab Tawarkan Kursus Berimpak Tinggi Kepada Komuniti

Norcy Beautylab Sdn Bhd, bukan hanya sekadar Pengilang dan Makmal R & D Kosmetik untuk memformulasikan produk jenama sendiri. Kami juga merupakan Certified Trainer bagi kursus-kursus penghasilan produk kosmetik kaedah kilang dan makmal kosmetik.

Dibawah ini adalah beberapa gambar sepanjang kursus dijalankan dan aktiviti hands-on memproses pelbagai jenis produk sabun.

Kami berharap, lebih ramai individu diluar sana yang mahu mempelajari cara pemprosesan produk kosmetik sebelum menghasilkan produk jenama sendiri nanti.

Untuk mendapatkan jadual kursus terkini yang kami dianjurkan, hubungi kami melalui email: norcybeautylab@gmail.com/admin@norcybeautylab.com atau whatsapp ke 0128365418.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *