Home > News & Event > Pemenang Anugerah Usahawan Belia Negeri Sabah

Pemenang Anugerah Usahawan Belia Negeri Sabah

Please follow and like us:

Pemenang Anugerah Usahawan Belia Negeri Sabah. Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung pada 6 November 2021 di Sabah International Convention Centre (SICC) yang lalu menjadi satu aspirasi buat golongan belia negeri Sabah. Banyak anugerah telah disampaikan pada sambutan kali ini.

Pemenang Anugerah Usahawan Belia Negeri Sabah

Pada Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah ini, Pengarah Urusan Norcy BeautyLab Sdn Bhd, Norsiah Binti Ahiddin, telah berjaya menjadi pemenang Anugerah Usahawan Belia Negeri Sabah. Anugerah ini disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah dan Menteri-Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Dengan visi Menjadi Pengilang Kosmetik Yang Terbaik Di Kawasan Serantau Borneo, Pengarah Urusan Norcy BeautyLab ini berkata, Pengikhtirafan Dan Kemenangan Ini Dapat menyuntik Semangat Golongan Belia Terutamanya Belia-Belia di luar Bandar Untuk Berani Memulakan Perniagaan Mereka Sendiri & Secara Tidak Lansung Menyumbang Kepada Kemajuan Ekonomi Di Negeri Sabah.

Tambahan beliau, sekiranya ada belia-belia yang mahu menghasilkan produk kosmetik jenama sendiri bolehlah menghubungi email syarikat di norcybeautylab@gmail.com atau terus hubungi nombor telefon 0128365418.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *