Home > Perlesenan & Persijilan > Apakah Prosedur Notifikasi Bagi Produk Kosmetik?
Apakah Prosedur Notifikasi Bagi Produk Kosmetik?

Apakah Prosedur Notifikasi Bagi Produk Kosmetik?

Please follow and like us:

Kita pernah mendengar usahawan yang telah didakwa di mahkamah kerana kesalahan memiliki produk tanpa kelulusan dan notifikasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apakah Prosedur Notifikasi Bagi Produk Kosmetik?

Usahawan yang menjual produk tidak berdaftar dan barangan kosmetik tanpa notifikasi boleh dihadapkan ke mahkamah melanggar Peraturan 7 (1) (a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Notifikasi Kosmetik adalah sangat penting dilakukan sebelum anda mula memasarkan produk anda. Ini bagi memastikan produk kosmetik tersebut mematuhi kehendak undang-undang dan keselamatan penggunaan pelanggan nanti.

Akta dan Peraturan Berkaitan Kosmetik

Sekiranya anda sedang merancang untuk menghasilkan produk jenama sendiri produk kosmetik, anda terikat dengan keperluan Undang-Undang Negara kita.

Antara Akta dan Peraturan yang perlu anda ketahui adalah:

  • Akta Jualan Dadah 1952
  • Peraturan Jualan Dadah 1997 (Sijil Analisa)
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984

Info berkaitan akta dan peraturan ini boleh didapati melalui laman portal rasmi pharmacy.gov.my

Definisi Produk Kosmetik

Mengikut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, ia ditakrifkan seperti berikut:

‘Mana-mana bahan atau penyediaan yang bertujuan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia (kulit, rambut, kuku, bibir dan bahagian luar alat kelamin) atau gigi dan membran mukus mulut, dengan tujuan utama untuk membersih, mewangikan, mengubah rupa dan/atau memperbaiki bau badan dan/atau melindungi atau mengekalkan dalam keadaan baik.’

Contoh-contoh produk kosmetik adalah sabun badan, pencuci dan krim muka, pelindung matahari, syampu dan perapi rambut, produk penjagaan gigi dan cecair kumur mulut, pewarna rambut, pewangi, deodoran gincu bibir, pembayang mata dan pengilat kuku.

Notifikasi Produk Kosmetik di Malaysia

Mulai 1 Januari 2008, semua Negara ASEAN telah bersetuju untuk melaksanakan prosedur notifikasi kosmetik sebagai sistem kawalan bagi semua produk kosmetik di rantau ASEAN selaras dengan Skim Harmonisasi Kosmetik ASEAN dan ASEAN Cosmetic Directive (ACD).

Semua produk kosmetik yang dipasarkan di Malaysia perlu bernotifikasi dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM sebelum produk tersebut boleh diimport, dikilang, diedarkan atau dijual di Malaysia. Notifikasi produk kosmetik boleh dihantar melalui sistem QUEST3+ secara atas talian.

Setiap produk kosmetik bernotifikasi perlu mematuhi keperluan Garispanduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia. Syarikat yang mengemukakan notifikasi bagi sesuatu produk kosmetik perlu membuat perakuan untuk bertanggungjawab bagi setiap perkara yang berkaitan dengan produk mereka yang dipasarkan di Malaysia.

Syarikat-syarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk kosmetik di pasaran tempatan harus memastikan berkualiti dan selamat digunakan.

Ianya tidak boleh mengandungi bahan terlarang atau bahan yang melebihi had dan syarat yang benarkan. Maklumat berkaitan bahan-bahan terlarang dan bahan-bahan terhad boleh didapati di dalam Garispanduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia.

Kosmetik dan Anda

Walaupun pihak syarikat adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan product kosmetik yang berada di pasaran adalah selamat dan berkualiti, namun sebagai pengguna kita haruslah menyedari dan perlu prihatin dengan apa yang kita gunakan pada tubuh badan sendiri. Sebagai pengguna, kita perlu membuat pilihan.

Pengguna dan orang awam boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik di laman sesawang rasmi NPRA iaitu www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuatturun melalui Google Play Store sebelum membeli untuk kegunaan anda.

Senarai terkini produk kosmetik yang diuji dan dikesan mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone juga boleh disemak pada laman sesawang yang sama.

Dapatkan Pendaftaran Dan Notifikasi Kosmetik Di Kilang Kosmetik Kami

Kami adalah makmal R & D kosmetik yang bertapak di Sabah. Perkhidmatan kami adalah menyediakan penyelidikan dan pembangunan bahan mentah untuk dijadikan produk jenama sendiri oleh usahawan.

Kami juga akan bertanggungjawab mengemukakan permohonan notifikasi kosmetik untuk pelanggan kami mengikut Prosedur Notifikasi Produk Kosmetik yang telah ditetapkan KKM.

Norcy Beautylab Sdn Bhd adalah pilihan tepat anda menghasilkan produk jenama anda sendiri.

Hubungi kami segera untuk khidmat nasihat dan perundingan.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *