Home > Perlesenan & Persijilan > Prosedur Untuk Mendapatkan Kelulusan KKM Bagi Produk Kecantikan
Prosedur Untuk Mendapatkan Kelulusan KKM Bagi Produk Kecantikan

Prosedur Untuk Mendapatkan Kelulusan KKM Bagi Produk Kecantikan

Please follow and like us:

Apakah Prosedur Untuk Pendaftaran Dengan KKM Bagi Produk Kecantikan. Bagaimanakah prosedur dan syarat-syarat yang diperlukan untuk mendapat kelulusan tersebut?

Prosedur Untuk Mendapatkan Kelulusan KKM Bagi Produk Kecantikan

Seperti yang kita semua tahu, semua produk yang dipasarkan perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya tidak terhad kepada kecantikan atau kosmetik sahaja, malah makanan, dan ubat-ubatan kesihatan.

Semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum mula dipasarkan di Malaysia.

Garis Panduan Yang Digunakan Untuk Notifikasi Produk Kosmetik

Dalam proses mendapatkan Notifikasi Produk Kosmetik, permohonan boleh dilakukan atas talian (online) yang dikenali sebagai QUEST3+ System iaitu Sistem Pendaftaran dan Perlesenan Produk.

prosedur mendapatkan kelulusan kkm produk kecantikan

Untuk memohon melalui QUEST3+ System, pihak pemilik perlu memberi kebenaran dengan menyediakan “Letter Of Authorisation” (LOA) kepada CNH (Cosmetic Notification Holder) yang juga syarikat bertanggungjawab menghasilkan dan mengeluarkan produk anda.

Dengan kata lain, anda memberi kebenaran kepada CNH untuk membuat permohonan Notifikasi Kosmetik dengan NPRA secara online.

Baiklah, mari kita ketahui bagaimana prosedur notifikasi kosmetik dibuat.

Prosedur Permohonan

  • Permohonan Notifikasi Kosmetik perlu dilakukan oleh CNH (Cosmetic Notification Holder).
  • Dokumen dan bahan-bahan yang dihantar kepada NPRA hendaklah dalam Bahasa Malaysia atau English. Jika menggunakan Bahasa lain, dokumen perlu disahkan atau dibenarkan.
  • Semua dokumen yang dihantar kepada NPRA adalah SULIT walaupun tidak ditanda oleh CNH sebagai SULIT.
  • Bayaran untuk pemprosesan dan pembaharuan Notifikasi Produk  Kosmetik adalah RM50 setiap product atau variant
  • Tempoh Sah Notifikasi adalah 2 tahun. Pembaharuan notifikasi boleh dilakukan sebulan sebelum tarikh tamat tempoh.
  • Tempoh pemprosesan notifikasi ini adalah 2 bulan. Pemilik/Founder produk boleh menerima nombor notifikasi yang bermula dengan NOT.

Sebagai contoh;

NOTYYMMXXXXK (Y: Year, M:Month, X: Serial Number)

Selepas mendapat nombor notifikasi ini, barulah anda boleh buat cetakan pada kotak atau botol kosmetik tersebut.

prosedur mendapatkan kelulusan kkm produk kecantikan
Senarai Product Kosmetik Mengikut Kategori

Maklumat lanjut tentang garis panduan pengiklanan boleh baca Cosmetic Guidelines (Annex I – VII)

Demikianlah Prosedur Mendapatkan Kelulusan KKM Produk Kecantikan yang anda perlu lakukan.

Kami di Makmal R & D Kosmetik Norcy BeautyLab Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan ini untuk Usahawan/Founder bersama kami.

Hubungi kami untuk perundingan dan khidmat nasihat.

Please follow and like us:

33 Comments

  1. Hi, Saya ingin membuat produk kosmetik iaitu Produk kebersihan muka. Berapakah anggaran kos untuk mendapatkan lulusan KKM ?

  2. Salam.
    Sy ada buat produk home made minyak rambut dr bahan semulajadi. Mcm mna sy nak dptkan kelulusan kkm? Terima kasih

  3. Selamat Petang…sy mohon bantuan untuk mendapatkan NOT dari KKM untuk produk saya…Mohon bantuan dari pihak Encik…mohon untuk wassap saya di 013-7067688

  4. sabun buatan dirumah (home made) yang berasaskan madu dan gliserin sahaja bagi tujuan penjualan, perlukah mendapat kelulusan & sijil dari KKM

  5. Hi, Saya ingin membuat produk kosmetik iaitu Produk kebersihan muka. Berapakah anggaran kos untuk mendapatkan lulusan KKM ?

  6. Saya ingin mendapatkan kelulusan kkm produk kecantikan henna atai inai. Boleh pm sy? Boleh pm sy dalam ig? @yuinaxestyle

  7. Boleh terangkan dengan lebih detail tak mengenai perkhidmatan anda. Boleh whatsapp sy di nombor 01119470023 – ayu

  8. Boleh saya tahu bagaimana untuk saya dapatkan sijil KKM untuk produk sumplimen.dan bagaimana proses dan prosedur yg perlu saya jalani dan dgn siapa utk saya berhubung.

  9. Hi,

    Saya mencari pengilang rubber mask yang dapat membenar kan saya untuk aktiviti repacking & rebranding dan mendaftarkan produk diatas nama syarikat saya dengan KKM.

  10. salam hi nak tanya,saya ingin menjadi pengimport product kecantikan dr luar bagaimana cara nak dapatkan notifikasi dr npra

  11. permohonan mendapatkan sijil untuk ternakan lembu fidlot
    Assalamualaikum dari syarikat SFI Agro Sdn Bhd yang beroperasi di Bukit Perah , kuala Langat. Syarikat kami adalah bumiputera 100% . Kami ingin memohon untuk mendapatkan sijil di unit ternakan yang lebih baik dan lebih teknologi. Kami memohon dan menjemput datang ke ladang kami bagi membuat lawatan.
    Segala permohonan ini kami minta dipertimbangkan . segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai.
    Sekian , terima kasih.

    Yang Benar,

    (Mohd Ashrah Abdul Ghapor )
    012-3693017
    ashrah2924@yahoo.com.my

  12. Saya nak jual sanitizer. Saya beli sanitizer yang dah ada notifikasi dari farmasi. Saya packing semula kepada botol kecil. Bolehkah saya jual?

  13. pls whatsapp for more details regarding this.what are the approvals needed frm kkm for beauty supplement0186614326

  14. Hello.. Bole bantu.. Saya mau daftar kkm untuk product Minuman..bole bantu..012-5253266 – Ester Maika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *