Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, berikut adalah 6 langkah mudah cara nak buat produk jenama sendiri dengan Kilang Kosmetik Norcy Beautylab Sdn Bhd.
Langkah 1 – BUAT TEMU JANJI
Buat temu janji dengan pihak kami dan kami akan aturkan perjumpaan di pejabat atau dimana mana mengikut kesesuaian serta persetujuan kedua dua pihak.
Langkah 2 – PERBINCANGAN & DISKUSI
Perbincangan kedua dua pihak bagi memenuhi permintaan serta menerangkan secara lengkap kos, moq dan lain lain secara percuma.
Langkah 3 – PENCARIAN BAHAN DAN PENYEDIAAN SAMPEL
Setelah perbincangan mendapat kata putus, kami akan membuat research serta menyediakan sampel produk untuk di cuba oleh anda. Bagi mendapat piawaian terbaik proses ini biasanya berulang kali dilakukan sehingga mencapai tahap keberkesanan satu satu produk dan standard yang anda inginkan.
Langkah 4 – PROSES PENGILANGAN DAN PENGELUARAN
Kami akan mula memproses dan membuat pengeluaran berdasarkan MOQ yang dipersetujui. Kami juga akan menyediakan dokumentasi untuk pensijilan kepada badan badan berwajib bagi memudahkan anda membuat jualan.
Langkah 5 – PERLESENAN & PENSIJILAN
Kami mohon sijil yang diperlukan untuk produk anda untuk menaikkan kredibiliti. Permohonan Token dan Pendaftaran KKM akan kami lakukan bagi memudahkan anda membuat jualan.
Langkah 6 – PACKAGING & PENGELUARAN
Pereka professional kami akan bantu anda mereka casing/bungkusan mengikut citarasa anda. Kami hasilkan packaging terus dari kilang kami, tidak perlu outsource. Produk yang telah siap sedia dihantar ke rangkaian channel pilihan anda.
Mari dapatkan khidmat nasihat percuma bagaimana cara nak buat produk jenama sendiri di Makmal R & D Kosmetik kami!
Hubungi kami.